Ahad, 17 Januari 2016

Pengurusan Keselamatan ( Bantu Mula ) - 18/1/2016 -21/1/2016

Tatacara pengurusan kecederaan dan pengurusan risiko. 

PdP pada minggu ini adalah berkaitan pengurusan keselamatan yang lebih berfokus kapada pengurusan kecederaan semasa aktiviti. Pelajar perlu merancangan keperluan sebelum bermula aktiviti dari segi keselamatan dan kecederaan. Sebelum, semasa dan selepas aktiviti perlu dititik berat apabila aktiviti ingin dilaksanakan.
Pelajar perlu melihat apa jenis aktiviti yang dianjurkan dan merancang pengurusan keselamatan dan kecederaan dengan baik. Persediaan sebelum aktiviti bermula seperti peti kecemasan, ais, pengusung dan alatan lain yang perlu semasa aktiviti.
Apabila beraktiviti pelajar yang menganjur perlu berkeadaan bersedia sentiasa jika berlaku kecederaan. Pada kali ni kuliah 2 telah membuat aktiviti permainan bola baling. Penganjur telah memecahkan ahli mereka dalam dua kumpulan. Penganjur juga manasihatkan pemain supaya membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan dengan cara yang betul supaya mengelakkan berlakunya kecederaan. Penganjur telah bersedia dan simulasi kecederaan telah dibuat oleh pelajar dengan melakonkan kecederaan yang berlaku.
Pada akhir sesi permainan penganjur juga mengemaskan barang dan menyemak barang dikutip. PdP yang dilaksanakan berjaya disampaikan kepada pelajar untuk topik ini.

aktiviti memanaskan badan dan regangan dilakukan

permainan bola baling berlangsung






AJK Keselamatan dan Kecemasan bersedia ditepi gelanggang

cara mengangkat pesakit ke atas pengusung 

cara mengangkat pengusung



mengemas alatan selepas beraktiviti


irza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.