Selasa, 12 Januari 2016

Kelab & Persatuan, Kemahiran Pengucapan Awam ( Minggu ke-8 ) 11-14/1/2015

Pada minggu ini, topik perbincangan adalah berkaitan kemahiran pengucapan awam. Sebanarnya kemahiran ini telah dipelajari secara tidak langsung daripada sekolah lagi. Kemahiran sangat penting untuk seorang pelajar pelajari untuk menghadapi keadaan yang mendatang seperti menghadiri temuduga biasiswa, universiti dan pekerjaan.
Pengucapan awam bukan sahaja pandai bercakap sahaja seperti sembang di kedai kopi namun pengucapan yang di lafazkan perlulah sistematik iaitu terancang, tersusun, berfokus dan berstruktur. Malah apa yang keluar daripada ucapan perlulah difikirkan dahulu implikasinya. Kata - kata yang di ucapkan perlulah bertertib dan beradab.Namum apa yan diucapkan perlulah konsisten dan lancar tanpa terhenti - henti. Dalam pengucapan awam juga kita mestilah memujuk pendengar atau khalayak kita untuk mendengar apa yang kita ingin sampaikan. perkataan lah perlu ada dalam apa yang diucapkan. Sebelum kita berucap, kita perlulah melihat khalayak kita supaya perkataan dan isi yang kita inginkan sampaikan mudah difahami dan sampai kepada khalayak. Apa yang kita ingin ucapkan perlulah sesuai dengan keadaan, umur, pendidikan, jantina dan ras supaya mesej yang kita ingin sampaikan dapat difahami oleh khalayak. Contoh jika khalayak kita adalah orang kampung, kita perlu menggunakan perkataan dan ayat yang mudah difahami oleh mereka. Perkataan yang bombastik adalah tidak digalakkan digunakan.
Bahasa badan dan mimik muka memainkan peranan dalam pengucapan awam. Bahasa badan yang tidak mengikut apa yang diucapkan oleh pengucap akan menyebabkan pengucapan itu kurang baik dan menampakkan pengucap itu tidak berkrebeliti oleh khalayak. Malah bahasa badan perlulah mengikut apa yang disampaikan oleh pengucap. Jika pengucap marah, ia perlu menunjukan bahasa badan marah dengan mengerakan tangan atau menepuk tangan kemeja. Mimik muka juga memainkan peranan yang penting semasa berucap untuk menarik perhatian khalayak untuk mendengar. Mimik muka marah, suka, sinis tenang dan sebagainya perlu ada jika perlu semasa pengucapan.
Bergitu juga intonasi ayat yang diucapkan perlulah mengikut ayat yang ingin di sampaikan. Jika ayat itu adalah ayat sedih maka intonasi yang disampaikan juga perlu sedih supaya khalayak dapat menghayati apa yang disampaikan. Perkataan dan ayat yang diucapkan perlulah perlahan dan jelas supaya ucapan itu mudah difahami oleh khalayak. Bukannya diucapkan dalam keadaan yang kelam - kabut. Pengucap perlulah berkeadaan tenang dengan menarik nafas perlahan - lahan sebelum berucap terutama jika pertama kali berucap dihadapan orang ramai. Ini dibuat supaya perkataan yang diucapkan pelahan - lahan diucapkan dan jelas.
Kata - kata aluan perlulah ada sebelum berucap dan untuk menarik perhatian pendengar malah set induksi perlulah menarik supaya dapat menarik perhatian pendengar. Set induksi pula perlu ada kaitan dengan topik atau isu yang ingin disampaikan. Selalunya untuk permulaan pengucapan topik pengucap perlulah menjelaskan topik dengan mendifinisikan topik dan menjelaskan kepada khalayak dengan lebih mudah secara konsepnya.
Manakala isi yang ingin disampaikan perlulah dihuraikan dengan mudah supaya khalayak dapat memahami apa yang diucapkan. Seterusnya perlu ada contoh untuk isi dan huraian tersebut untuk mengukuhkan pengucapan. Unsur - unsur humor juga boleh dimasukkan dalam pengucapan supaya dapat menarik minat khalayak.
Apabila ingin mengakhiri ucapan, pengucap perlulah merumuskan topik yang disampaikan kemudian menegaskan kembali topik yang disampaikan tadi. Dalam pengucapan kita boleh mengambil kata - kata hikmah,kata - kata bijak pandai, potong ayat - ayat kitab agama dan kata - kata negarawan untuk mempekukuhkan ayat disampaikan. Ia boleh diletakan sama ada dipermulaan atau di penakhiran. Namun demikian bagi pngucapan awam jenis debat ala parlimen adalah dilarang menggunakan potong ayat dalam kitab agama. Pengucapan awam yang disampaikan jangan disampaikan terlalu lama sehingga melebihi 15 minit. Perkara ini akan menghilangkan fokus khalayak semasa mendengar.
Bagi melatih para pelajar, kami pihak pensyarah telah memberi set latihan menyambung perkataan. Perkataan ditulis adalah benda yang saling tidak berkaitan. Kemudian mereka perlu membina ayat penuh dengan menggunakan perkataan yang ditunjuk seterusnya pensyarah akan menunjukkan perkataan lain yang tidak berkaitan untuk ayat lain yang saling berkaitan dengan ayat tadi. Prinsip pembinaan ayat ini perlulah logik, releven dan signifikan. Contohnya seperti di bawah:

    batu            selipar            telefon        kereta         buku             pen          gambar          tukul  
    nasi             kapal             kangkung     jam          telefon         kunci         baju              kayu                  komputer    jamban          bola             bulan         pintu           kertas         emas            botol

Selepas latihan sambung perkataan dilaksanakan para pelajar diminta memberi memberi ucapan pengenalan diri selama 2 minit. Kemudian para pelajar perlu memberi ucapan tentang apa sahaja topik selama 3 minit.

irza
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.