Rabu, 31 Ogos 2016

Pertandingan Bola Keranjang Lelaki Kolej Matrikulasi Sarawak Sesi 2016/2017 semester 1

Pertandingan ini bermula awal bulan Ogos 2016 lagi namun akibat hujan perlawanan termasuk banyak ditangguhkan. Perlawanan bermula pada 5.00 petang. Semua pelajar lelaki diwajibkan oleh pihak penganjur untuk menyertai.


Pertandingan ini di anjurkan oleh Kelas Kokurikulum Kuliah 4 yang mejoritinya adalah perempuan seramai 13 orang. Perganjuran ini dapat menguji kemampuan pelajar ini dalam menguruskan dan mengendalikan program yang mereka anjurkan. Objektif untuk menjadi mereka lebih berdikari, kepimpinan diri dan membina kerjasama disamping dapat membina semangat kesukanan. Malah dengan adanya penganjuran sebegini dapat membina pelajar yang lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam hidup.
 31 Ogos 2016 jam 5.00 petang pertandingan ini bermula dengan memasuki fasa akhir iaitu tinggal 4 perlawanan lagi untuk disudahkan. Mereka telah memilih sistem liga satu pusingan untuk pertandingan ini.

 Pada padangan, penganjur dapat menganjurkan pertandingan dengan baik dan terurus. Mereka dapat mencari pengadil untuk mengadili perlawanan ini dengan baik. Tiada masalah yang terlalu besar. Hanya setakat ketiadaan borang teknikal dan perkara ini mereka telah perbaiki.
Mereka sentiasa ingin belajar dan inginkan penambaikkan dalam kerja mereka. Mereka mempunyai pemimpin yang boleh memimpin untuk menentukan hala tuju apa yang ingin dicapai. Mereka dapat membina kerjasama yang sangat kuat antara mereka dalam menguruskan pertandingan ini.
Objektif untuk kelas kokurikulum untuk menjadikan mereka berdikari, bertanggungjawab, bijak membuat keputusan sendiri dan berkerjasama adalah sangat tercapai. Mereka bersedia untuk menjadi pelajar universiti pada masa akan datang.
Melah mereka dapat menyelesaikan masalah dengan menggunkan kreativiti, kritis dan inovatif yang ada pada mereka.
Secara keseluruhannya, objektif PdP kokurikulum untuk kelas adalah sangat tercapai dan boleh dikatakan mereka adalah cemerlang dalam penganjuran aktiviti ini

Mohd Azri bin Abdul Jalil
Pensyarah Kokurikulum
KMSw sesi 2016/2017

1 Sept 2016  masa 1045 pagi


Khamis, 11 Ogos 2016


Karnival Kokurikulum KMsw Sesi 2016/2017 Pertandingan Bola Tampar Perempuan


Karnival Kokurikulum berlangsung pada minggu ini 10 Ogos 2015. Ia bermula dengan Pertandingan Bola Tampar Perempuan Peringkat Kolej yang dianjuran oleh K4T7  yang sepatutnya berlangsung pada 10 Ogos 2016 namun akibat cuaca hujan ditangguh pada 11 Ogos 2016 jam 5.00 petang. Pertandingan ini bermula pada jam 5.30 petang akibat peserta turun lambat kerana mempunyai kelas tambahan yang habis jam 5.00 petang.
Pertandingan berjalan dengan baik namun terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki. Kelemahan tersebut ialah jadual tidak ditampal, penyusunan posisi AJK yang tidak betul dan jadual yang tidak dicetak. Diharap kelemahan ini akan diperbaiki oleh penganjur pada hari seterusnya dengan teguran yang telah dibuat.



















Mohd Azri bin Abdul Jalil
Pensyarah 
Kokurikulum Kolej Matrikulasi Sarawak

12 Ogos 2016

Pengurusan Risiko ( Bantu Mula )



Pada Minggu ini minggu ke 7 ( 8/8/2016 hingga 11/8/2016 ) terdapat dua kelas iaitu pada jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi ( K5T9 ) dan 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas di mulai dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Ibu Pertiwiku. 
PdP pada kali ini pelajar dan pensyarah berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan Bantu Mula. Sebilang pelajar mempunyai pengalaman dan pengatahuan berkaitan Bantu Mula, ini membantu PdP berjalan dengan dan menyeronokkan. Seorang pelajar menunjukkan cara bagaimana membuat anduh dn mengikatnya. Pelajar lain cuba melakukan dengan dibantu pelajar tersebut. 




Cara Meletakan Kain Anduh



Satu dipegang pada hujung




kain Anduh diletakan di Belakang Tangan 




hujung diletakan di belakang


cara ikat kiri atas kanan



anduh diperkemaskan 



cara ikat luka di kepala 

 kain dilipatkan dan diikat atas kepala






Kesimpulan daripada PdP pada hari ini, kita dapat berkongsi dengan pelajar berkaitan pembelajaran dan kemahiran seterusnya ditambah baikkan oleh guru. Malah pelajar menggunakan internet sebagai bahan rujukan untuk menambah pengetahuan iaitu dengan mencari bahan di Portal Pembelajaran Kolej dan carian Google. Ini menjadikan PdP itu lebih holistik dan terbuka.



Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.