Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.
Rabu, 30 Disember 2015
UNIT KOKURIKULUM KMSw: Simulasi Sistem Pertandingan Semi Liga ( 29.12.201...
UNIT KOKURIKULUM KMSw: Simulasi Sistem Pertandingan Semi Liga ( 29.12.201...: Pada kelas kali ini kuliah ini diberi tugas yang sama iaitu menguruskan pertandingan menggunakan sistem pertandingan semi liga. Selama 5 mi...
Selasa, 29 Disember 2015
Simulasi Sistem Pertandingan Semi Liga ( 29.12.2015) Kuliah 2
Pada kelas kali ini kuliah ini diberi tugas yang sama iaitu menguruskan pertandingan menggunakan sistem pertandingan semi liga. Selama 5 minit mereka telah berbincang dengan mencipta satu pertandingan. Daripada perbincangan tersebut mereka telah memilih permainan badminton yang bermain sebanyak 3 set dengan lima ( 5 ) markah.
Melalui pemerhatian eperikal kami sebagai pensyarah terdapat beberapa kelemahan yang nyata semasa pengedalian pertandingan ini iaitu:
i) Tiada perancangan yang teliti sebelum, semasa dan selepas penganjuran. Jadual Pelawanan tidak dibuat menyebabkan pemain tidak tahu perlawanan apa selepas ini. Malah pengadil juga tidak di susun dengan teratur.
ii) Jadual Pelawanan yang mengandungi Tarikh, Masa, Perlawanan, kumpulan, keputusan dan catatan tidak dibuat.
iii) Apabila tiada jadual perlawanan maka pembahagian tugas juga tidak adil terdapat pelajar yang hanya duduk sahaja akibat mereka tidak tahu tugas apa yang mereka lakukan.
iv) Tidak ada borang teknikal iaitu borang catatan keputusan setiap perlawanan menyebabkan tidak ada bukti perlawanan dilaksanakan.
v ) Pelajar masih tidak memahami sepenuhnya konsep semi liga resionalnya pelajar tidak tahu bagaimana perlawanan untuk pusingan kedua terlaksana.
Refelksi bersama telah dibuat dengan pelajar ditunjukan inteversi untuk penambahbaikan:
i) Perlu ada perancangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
ii) Jadual Perlawanan perlu dibuat dahulu sebelum pertandingan bermula.
iii) Perlu ada borang teknikal iaitu borang catatan keputusan perlawanan.
iv) Pelajar ditunjukkan bagaimana aliran perlawanan bagi pusingan kedua iaitu kalah mati iaitu separuh akhir, tampat ketiga dan empat dan akhir.
Konsep pembelajaran dialog dan proses diterapkan semasa PdP. Melalui kelas ini pelajar akan berdialog antara mereka dan bergitu juga dengan pensyarah. Seterusnya melalui pengurusan pertandingan yang mereka uruskan, pelajar dapat belajar bagaimana proses sistem pertandingan semi liga berjalan. Pelajar belajar proses semi liga bermula dengan liga di dalam kumpulan seterusnya kalah mati pada pusingan kedua.
Bilangan Pelajar : 14 orang
Nama Pensyarah: Azri Jalil & Salim Angas
gambar foto
Labels:
Kelas Minggu ke-6
Location:Kuching
Kuching, Sarawak, Malaysia
Isnin, 28 Disember 2015
MINGGU KE -6 KULIAH 1 ( 28.12. 2015 ) Simulasi Sistem Pertandingan Semi Liga
Pada minggu ini PdP yang telah berlangsung adalah berkaitan simulasi sistem pertandingan semi liga. Pelajar telah diberi tugas untuk menguruskan pertandingan dengan mencipta permainan ubahsuai. Semua pelajar kuliah ini terlibat menjadi peserta pertandingan. Pelajar telah membahagikan kepada empat ( 4 ) kumpulan. Jadual Liga telah dibentuk.
Pelajar dapat menguruskan dengan baik pertandingan ini dengan menggunakan konsep liga. Namun terdapat beberapa kelemahan yang boleh pelajar baiki dan pelajari. Refleksi selepas pertandingan telah dibuat. Pelajar menggunakan konsep pembelajaran dialog sesama mereka. Manakala pensyarah hanya sebagai pemudah cara kepada dialog ini. Terdapat pelajar yang masih tidak memahami cara pengiraan penentuan kedudukan ia diselesaikan dengan penjelasan daripada rakan kelas yang memahami. Konsep pembelajaran perkongsian telah diterapkan juga melalui soalan dan jawaban.
Konsep pembelajaran metodologi juga di amalkan semasa kelas ini iaitu pensyarah memberi satu isu iaitu bagaimana konsep semi liga dapat digunakan iaitu selepas liga dalam kumpulan, kalah mati sepatutnya digunakan. Pelajar cuba membuat konsep kalah mati dalam semi liga dengan silangan. Pelajar berbincangan sesama mereka dengan dibimbing oleh pensyarah sebagai moderator. Pada permulaan pelajar telah membuat aliran pertandingan namum terdapat kesalahan aliran yang menimbulkan ketidakadilan. Pelajar berbincang dengan membetulkan aliran pertandingan tersebut.
Pensyarah : Salim, Mas Aida & Azri Jalil
Bil. Pelajar: 14 orang
Labels:
Simulasi Sistem Pertandingan
Location:Kuching
Kuching, Sarawak, Malaysia
Isnin, 21 Disember 2015
Minggu ke -5 ( 21 Dis -2015 - 23 Dis 2015 ) Sistem Pertandingan ( Perbentangan )
Pelajar telah diberi tugasan didalam kelas dan perlu berbincang dengan rakan setugas. Topik yang diberi adalah seperti Sistem Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber, Piala Bola Sepak Dunia, Pertandingan Hoki Terbuka USM, Liga Hoki Dunia dan Pertandingan Olahraga. Masa berbincang adalah 20 minit sahaja. Kemudian pelajar akan membentangkan tugasan selama 5 minit dan ada soal jawab untuk memupuk kefahaman. Pelajar dapat membuat pembentangan dengan baik dan dapat mengunakan pembelajaran secara dialog. Pelajar juga berasa yakin dengan persembahan yang di sampaikan.
Pensyarah : Azri Jalil & Salim Angas
Bil. Pelajar : 14 orang
Kelas Minggu ke 4 ( 14 Dis 2015 - 18 Dis 2015 ) Kemahiran Memukul dan Menahan Permainan Hoki
Pada mingggu ke -4 ini kelas PdP adalah kelas berkaitan kemahiran permainan hoki. Fokus pembelajaran adalah tertumpu kepada cara memegang kayu hoki bagi kemahiran memukul dan menahan. di sini kami telah membuat kajian tentang hal ini. Selain gambar ini, video juga turut di ambil bagi eviden kajian tindakan ini.Malah Catatan Lapangan Kajian Tindakan turut di catatan berdasarkan pemerhatian pensyarah kokurikulum.
di catatan oleh Mohd Azri bin Abdul Jalil
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.