Selasa, 29 Disember 2015

Simulasi Sistem Pertandingan Semi Liga ( 29.12.2015) Kuliah 2

Pada kelas kali ini kuliah ini diberi tugas yang sama iaitu menguruskan pertandingan menggunakan sistem pertandingan semi liga. Selama 5 minit mereka telah berbincang dengan mencipta satu pertandingan. Daripada perbincangan tersebut mereka telah memilih permainan badminton yang bermain sebanyak 3 set dengan lima ( 5 ) markah. 
Melalui pemerhatian eperikal kami sebagai pensyarah terdapat beberapa kelemahan yang nyata semasa pengedalian pertandingan ini iaitu:
i) Tiada perancangan yang teliti sebelum, semasa dan selepas penganjuran. Jadual Pelawanan tidak dibuat menyebabkan pemain tidak tahu perlawanan apa selepas ini. Malah pengadil juga tidak di susun dengan teratur.
 ii) Jadual Pelawanan yang mengandungi Tarikh, Masa, Perlawanan, kumpulan, keputusan dan catatan tidak dibuat. 
iii) Apabila tiada jadual perlawanan maka pembahagian tugas juga tidak adil terdapat pelajar yang hanya duduk sahaja akibat mereka tidak tahu tugas apa yang mereka lakukan.
iv) Tidak ada borang teknikal iaitu borang catatan keputusan setiap perlawanan menyebabkan tidak ada bukti perlawanan dilaksanakan.
v ) Pelajar masih tidak memahami sepenuhnya konsep semi liga resionalnya pelajar tidak tahu bagaimana perlawanan untuk pusingan kedua terlaksana. 
Refelksi bersama telah dibuat dengan pelajar ditunjukan inteversi  untuk penambahbaikan:
i) Perlu ada perancangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
ii) Jadual Perlawanan perlu dibuat dahulu sebelum pertandingan bermula.
iii) Perlu ada borang teknikal iaitu borang catatan keputusan perlawanan.
iv) Pelajar ditunjukkan bagaimana aliran perlawanan bagi pusingan kedua iaitu kalah mati iaitu separuh akhir, tampat ketiga dan empat dan  akhir.
Konsep pembelajaran dialog dan proses diterapkan semasa PdP. Melalui kelas ini pelajar akan berdialog antara mereka dan bergitu juga dengan pensyarah. Seterusnya melalui pengurusan pertandingan yang mereka uruskan, pelajar dapat belajar bagaimana proses sistem pertandingan semi liga berjalan. Pelajar belajar proses semi liga bermula dengan liga di dalam kumpulan seterusnya kalah mati pada pusingan kedua. 

Bilangan Pelajar :  14 orang
Nama Pensyarah: Azri Jalil & Salim Angas


 gambar foto 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.