Isnin, 28 Disember 2015

MINGGU KE -6 KULIAH 1 ( 28.12. 2015 ) Simulasi Sistem Pertandingan Semi Liga

Pada minggu ini PdP yang telah berlangsung adalah berkaitan simulasi sistem pertandingan semi liga. Pelajar telah diberi tugas untuk menguruskan pertandingan dengan mencipta permainan ubahsuai. Semua pelajar kuliah ini terlibat menjadi peserta pertandingan. Pelajar telah membahagikan kepada empat ( 4 ) kumpulan. Jadual Liga telah dibentuk. 
Pelajar dapat menguruskan dengan baik pertandingan ini dengan menggunakan konsep liga. Namun terdapat beberapa kelemahan yang boleh pelajar baiki dan pelajari. Refleksi selepas pertandingan telah dibuat. Pelajar menggunakan konsep pembelajaran dialog sesama mereka. Manakala pensyarah hanya sebagai pemudah cara kepada dialog ini. Terdapat pelajar yang masih tidak memahami cara pengiraan penentuan kedudukan ia diselesaikan dengan penjelasan daripada rakan kelas yang memahami. Konsep pembelajaran perkongsian telah diterapkan juga melalui soalan dan jawaban.
Konsep pembelajaran metodologi juga di amalkan semasa kelas ini iaitu pensyarah memberi satu isu iaitu bagaimana konsep semi liga dapat digunakan iaitu selepas liga dalam kumpulan, kalah mati sepatutnya digunakan. Pelajar cuba membuat konsep kalah mati dalam semi liga dengan silangan. Pelajar berbincangan sesama mereka dengan dibimbing oleh pensyarah sebagai moderator. Pada permulaan pelajar telah membuat aliran pertandingan namum terdapat kesalahan aliran yang menimbulkan ketidakadilan. Pelajar berbincang dengan membetulkan aliran pertandingan tersebut.
Pensyarah : Salim, Mas Aida & Azri Jalil
Bil. Pelajar: 14 orang 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.