Ahad, 19 Mac 2017

Kemahiran Asas Hoki


Isu untuk kemahiran kali ini, kebanyakan pelajar tidak mempunyai kemahiran asas hoki yang ada dalam sellibus sekolah rendah dan menengah. Ini menyebabkan mereka tidak bermain hoki dan jika mereka bermain boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar. 
Jika di lihat pada gambar di atas cara pegangan kayu hoki pelajar lelaki itu salah. Sepatutnya tangan kiri memegang di hujung pemegang kayu hoki.Seterusnya kayu hoki boleh dimainkan dengan menggunakan sebelah bilah kayu hoki sahaja.


 Saya telah menggunakan ansur maju yang telah saya ubah suai yang sangat sesuai dengan para pelajar ini. Ansur maju ini ada saya letakan manual atau panduannya di dalam portal pembelajaran Kolej Matrikulasi Sarawak.


Hasil daripada ansur maju yang saya gunakan ini para pelajar telah dapat memegang kayu hoki dengan cara yang betul dan mahir bermain hoki secara asasnya. Ini menjadikan mereka berasa seronok semasa bermain. Perkara ini membuktikan bahawa ansur maju ini sangat sesuai digunakan untuk para pelajar KMSw. 
Disini juga saya telah membuat ujian amali bagi kemahiran hoki sebanyak dua kali selama tiga bulan. Ia juga membuktikan pelajar boleh menguasai kemahiran asas hoki dengan mengunakan manual ansur yang telah saya susun di dalam portal pembelajaran kolej.

Mohd Azri Bin Abdul Jalil


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.