Pada hari ini perbincangan adalah berkaitan kesukarelawanan. Apa yang kita tentang tajuk ini. Dewasa ini masyarakat kita semakin hilang semangat kesukeralawanannya. Jika kita tinjauan sejarah masyarakar kita mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi. Pada zaman dahulu masayarakat bila berkenduri tidak perlu ada ganjaran atau paksaan untuk menolong. Mereka akan bergotong royong dan berkerjasama membantu ssesiapa sahaja. Ini telah menunjukkan semangat itu telah lama ada pada masyarakat sejak sekian lama. Namun sejak sejak masyarakat kita diajar tentang kemajuan berasaskan kebendaan, masyarakat kita semakin lupa akan semangat tersebut.
Kini apa yang kita lakukan perlu ada ganjaran dan balasan, jika tiada maka sesuatu perkara tersebut akan dibuat. Wang, pangkat dan nama menjadi buruan masyarakat kita pada masa kini. Natijahnya apa yang terjadi ,masyarakat kita budaya semangat kesukarelawan itu semakin terhakis sedikit demi sedikit. Apa yang kita lihat mereka yang membersihkan kawasan inginkan ganjaran, mereka yang menhulurkan tangan inginkan balasan. Akhirnya jadi masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri dan meterialistik. Lanjutkan daripada itu kita sebagai penggerakan untuk menanam semangat perlu tahu dan mengamalkan semangat supaya masyarakat kita terus maju dan berperadaban.
Sebelum lebih mendalam perbincangan ini mari kita lihat makna semangat kesukarelawanan itu.
Definisi kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat. Dalam maksud yang luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan (Azizan, 2007)
Manakala makna seterusnya ialah kegiatan sukarela merupakan satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan balasan yang berasaskan kepada pendidikan untuk menghasilkan masyarakat yang berkeupayaan melalui penglibatan (Azimi Hamzah & Turiman Suandi, 2004).
Ini adalah makna kesukarelawanan yang diambil daripada pengkaji - pengkaji tersebut. Boleh kita lihat secara konsepnya kesukarelawanan boleh membina masyarakat kelas pertama iaitu masyakat maju yang boleh membina peradaban tertinggi.
Apa yang kita inginkan adalah amalan semangat kesukarelawan tersebut dalam masyarakat kita. Apabila kita melihat sampah sarap dihadapan kita adakah kita akan mengutipnya. Semua ini perlu datang daripada sanubari yang suci murni untuk mengamalkannya. Seterusnya ia terpancar daripada perbicaraan dan perbuatan kita.
"Dari kita amalkan kepada masyarakat"